WARGA SK JELAPANG MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1431 HIJRAH & BULAN KEMERDEKAAN KALI KE-53 "1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI"..MERDEKA!...MERDEKA!..MERDEKA!

Tuesday, July 27, 2010

PENGENALAN Prasekolah Jelapang ditubuhkan pada tahun 2003. Kelas pertama ialah kelas jujur dengan bilangan murid seramai 25 orang. kelas kedua beroperasi pada tahun 2004 dan kelas ketiga pada tahun 2008. Guru Besar SK Jelapang ialah Encik Othman bin Abdul Aziz sementara guru prasekolah ialah Pn. Siti Rahmah bt Mohd Saleh, Pn. Nor Saarah bt Junid dan Pn. Noorma Wati bt Ibrahim. Kedudukan prasekolah kami terletak di hujung kawasan sekolah dan dihiasi dengan pelbagai pepohon yang menghijau. Pemandangan yang cantik ini sentiasa diselenggara oleh pekerja sekolah dan dibantu oleh tiga orang pembantu yang sentiasa proaktif. Walaubagaimanapun, prasekolah yang menampung seramai 75 orang murid ini tidak mempunyai ruang makan yang selesa sebaliknya kami terpaksa menggunakan sebahagian besar ruang kelas pembelajaran sebagai ruang makanan. Keadaan ini memerlukan kami mengatur waktu makan yang sama untuk semua kelas bagi memudahkan pengurusan dan mengelakkan gangguan pembelajaran. Perjuangan untuk mendapatkan ruang makan ini masih belum dapat di atasi dan kami masih berharap agar ia dapat diselesaikan secepat mungkin. Walau bagaimanapun kami warga prasekolah SK Jelapang tetap bersyukur kerana mendapat komitmen yang jitu daripada guru-guru prasekolah serta pembantu yang begitu komited tentang tugasan. Mudah-mudahan kami dapat mendidik anak didik kami menjadi warga sekolah dan masyarakat yang berjaya pada masa hadapan.


Program Harijadi


Program harijadi dilaksanakan secara berfasa ( fasa 1,2,3 dan 4 ). Fasa 1 untuk murid yang lahir pada bulan Januari -Mac . Tarikh sambutan dibuat pada 31 Mac 2010. Fasa 2 adalah untuk murid yang lahir pada bulan April-Jun dan sambutan diadakan pada 31 Jun 2010. Fasa 3 akan menyusul bagi meraikan murid yang lahir pada bulan Julai-September dan dicadangkan disambut pada 31 September akan datang. Fasa 4 pula akan disambut pada 15 November 2010 untuk meraikan murid yang lahir pada bulan Oktober- Disember.


****************


Murid begitu setia menunggu waktu makan


...cepatlah baca doa..lapar ni..



Harijadi Fasa 2 ( Kelahiran bulan April - Jun )


Selamat Hari Jadi.

Mudah-mudahan menjadi anak murid yang berjaya dunia dan akhirat.




Program Lawatan


Program lawatan prasekolah telah dilaksanakan pada 22 Julai 2010 bersamaan hari Khamis. Seramai 36 orang murid beserta 8 orang guru telah menyertai program tersebut. Tempat lawatan kami adalah ke Pulau Pinang. Setiap murid dikenakan bayaran sebanyak RM 35.00 bagi menampung bayaran pengangkutan, tiket, makanan tambahan dan cenderahati.


Antara tempat- tempat pelancongan yang kami kunjungi ialah Taman Rama-rama, Batik Kraf, Masjid Negeri, Botanical Garden dan Pusat Bandar. Program yang bermula seawal 7.00 pagi ini berakhir pada pukul 9.00 malam. Terima kasih kepada semua warga SK Jelapang yang telah terlibat secara langsung dan tidak bagi menjayakan program lawatan kami ini.



No comments:

Post a Comment